Dyora Add Listing

Your Wishlist : 0 Items

Brothers Cryptoracy

Technical Analysis
Visit Now
  • Viewed - 116
  • Bookmark - 0

Telegram Description

Brothers Cryptoracy is an educational community platform that providing the latest information regarding any investment opportunities in crypto spaces especially for Malaysian. Bio: https://beacons.ai/brotherscryptoracy Admin @asyraafbilal

Latest Channel Posts

Channel Image
📢 Market Update Eksklusif — Wajib Join!

🔥 Topik: BTC Nak Ke Mana?
📆 Tarikh: Sabtu, 14 Mac 2026
🕘 Masa: 10.30 Malam
📍 Platform: Facebook Live
🎙️ Speaker: Tuan Asyraaf Bilal
💡 "The Best Investment is Invest in Yourself"

Market tengah sideways, ramai tengah konfius dengan arah BTC. Adakah ini Bottom yang kita tunggu, atau hanya Bull Trap sebelum terjun lebih dalam?

🎯 Dalam sesi LIVE ini, anda akan dapat:
Kupasan teknikal & makro TERKINI
Strategi pembinaan portfolio sewaktu bear market.
Penjelasan jelas untuk semua level (beginner → advanced)

🔗 Link LIVE: https://www.facebook.com/brotherscryptoracy

🎯 Target komuniti: 100 penonton serentak!
Jom bantu cipta sejarah untuk Brothers Cryptoracy 🚀🔥

📲 Tolong SHARE ke group kripto 🙌

👇
Kalau anda hadir besok malam, komen “HADIR” sekarang! 💪🔥

#BrothersCryptoracy #MarketUpdate
2026-03-13T06:48:49+00:00
Channel Image
Formula Melabur BTC Ketika Bear Market!

Pelabur yang hebat adalah individu yang sudah berdamai dengan hakikat bahawa mustahil untuk meramal bottom price bagi BTC ketika bear market. Namun, ia bukanlah alasan untuk tidak membuat pembelian di saat bear market kerana pelaburan pada asasnya adalah sebuah game of probability. Namun, terdapat beberapa formula dan pendekatan yang sekurang-kurangnya dapat meningkatkan kebarangkalian tersebut. Berikut adalah formula yang Brothers gunapakai iaitu RSI Oversold di Weekly Timeframe + 200 WSMA + Asymmetric Bet. Gabungan tiga komponen ini bertujuan mengenal pasti kawasan kapitulasi yang berpotensi menjadi zon pengumpulan jangka panjang.

Setiap kali BTC RSI oversold di Weekly TF, itu petanda bahawa market telahpun melakukan kapitulasi secara agresif yang disokong oleh sentimen yang negatif. Kebiasaannya, fasa ini turut disertai naratif ketakutan tambahan daripada Black Swan Event seperti peperangan, kejatuhan exchange, atau kegagalan projek bluechip yang sering meyakinkan bahawa BTC akan terus jatuh secara agresif walaupun pada hakikatnya harga sudah menghampiri kawasan bottom, jika bukan bottom itu sendiri.

Untuk menambahkan lagi keyakinan terhadap harga bottom BTC di saat bear market adalah dengan merujuk kepada harga purata 4 tahun bagi BTC yang selari 4-Year Cycle. Tanpa melihat kepada data on-chain, indikator seperti 200 Simple Moving Average di Weekly TF boleh digunapakai sebagai rujukan kerana 200 minggu hampir dengan 4 tahun. Oleh sebab itu, setiap kali BTC menghampiri kawasan 200 WSMA, ia adalah petanda awal untuk mula DCA BTC secara agresif.

Kesimpulannya, indikator yang digunakan di atas menjadi tapak asas kepada strategi Asymmetric Bet untuk kitaran 4 tahun seterusnya, dimana downsidenya secara sejarah cenderung sekitar -30%. Sebaliknya, potensi upside kekal signifikan dan banyak bergantung kepada tahap global likuiditi.
2026-03-12T07:01:18+00:00
Channel Image
Harga Makanan Bakal Melonjak Apabila Harga Minyak Naik? 🚨

2008: Financial Crisis.
Harga minyak catat rekod tertinggi $147 setong. Kesannya? Harga makanan naik mendadak dan berlaku rusuhan makanan di beberapa buah negara. 2 bulan selepas itu, pasaran saham crash teruk bermula dengan kejatuhan bank-bank besar di AS.

2022: Konflik Rusia-Ukraine.
Minyak melonjak ke $139 pada Mac 2022. Harga Minyak Sayuran dan Bijirin (Gandum) meroket kerana rantaian bekalan terputus. Inflasi dunia naik ke 8.8% iaitu tahap tertinggi dalam 40 tahun manakala S&P500 dan Nasdaq jatuh 20% sebelum masuk ke fasa bear market.

2026: Konflik Iran-Israel (Situasi Sekarang).
Harga minyak kini di paras $119 dan berisiko naik lagi jika Selat Hormuz ditutup. Berdasarkan data terkini FAO, Indeks Harga Makanan baru sahaja naik ke 125.3 mata.

Jangkaan 2026: Kesan Domino.
Sejarah 2008 dan 2022 mengajar kita apabila harga minyak naik, kos logistik naik, inflasi makanan naik, yang terakhir berlaku ialah sell-off besar-besaran di pasaran saham dan kripto.
2026-03-11T08:09:21+00:00
Channel Image
BTC 2 Mac 2026.png
2026-03-09T12:01:02+00:00
Channel Image
CBOE Volatility Index (VIX) Break 25 Point - Market Bakal Volatile!

Setiap kali VIX melepasi paras 25 point, pasti akan ada volatiliti yg besar berlaku terhadap market untuk tempoh 30 hari seterusnya kerana disaat ini sentimen takut para pelabur sedang meningkat naik ekoran konflik peperangan yg berlaku antara Iran-US/Israel.

Sejarah juga ada membuktikan setiap kali VIX berada di atas 25 point, kebiasaannya S&P500 akan melakukan penurunan yg drastik dalam tempoh terdekat. Sekiranya ya, pasti BTC akan terima dampak yg negatif dan berkemungkinan tinggi jatuh ke paras bawah 60K USD.

Persoalannya, dah ready ke untuk DCA BTC bila volatiliti ni datang nanti? Ke masih ada lagi dgn teknik harapan dan laungan "This Time is Different" 🤣.
2026-03-08T05:22:53+00:00
Channel Image
MACD Monthly Death Cross.png
2026-03-07T09:42:55+00:00

GPT Description

Related Video

No video available.

Item Reviews - 0

No reviews yet.

Add Review