🇺🇸 Forecast NFP May
📊 Data NFP dijangka tambah hanya 130K kerja pada Mei, jauh lebih perlahan berbanding 177K pada April – isyarat jelas bahawa momentum pasaran buruh US sedang perlahan.
⚠️ BLS akan umum data rasmi jam 8:30 GMT malam ini, dan pasaran kewangan kini berdebar menanti sama ada ini cukup “lemah” untuk dorong Federal Reserve (Fed) mulakan rate cut seawal Julai.
📈 Butiran Jangkaan:
🔽 Nonfarm Payrolls (NFP): +130K (vs. +177K April)
🕯 Unemployment Rate (UE): Kekal pada 4.2%
🔼 Average Hourly Earnings (AHE): dijangka naik 0.3% m/m
🏦 Penganalisis TD Securities menjangkakan kenaikan pekerjaan hanya sekitar 110,000, jauh lebih perlahan dan terendah dalam 3 bulan.
Kesan & Implikasi:
⚠️ Jika data NFP lebih lemah dari jangkaan (bawah 130K):
• Peluang rate cut pada mesyuarat FOMC Julai meningkat.
• US Dollar mungkin melemah, manakala emas dan saham berisiko boleh melonjak.
⚠️ Jika data lebih kukuh dari jangkaan (>150K):
• Fed berpotensi tangguh rate cut, kekalkan nada berhati-hati.
• US Dollar berkemungkinan menguat, tekanan kepada pasaran lain seperti emas, saham teknologi.
⚠️ Wage Growth (AHE) kekal penting – jika gaji naik terlalu laju, inflasi mungkin masih “stickier” dari jangkaan, membuat Fed teragak-agak untuk membuat potongan kadar.
📊 Pasaran buruh US dilihat semakin sejuk – sejajar dengan hala tuju Fed yang mahukan “soft landing”. Namun, data malam ini akan jadi penentu utama sama ada Fed boleh mula bertindak atau perlu lebih sabar menunggu.
No reviews yet.